Bumi Armada JV peroleh kontrak untuk FPSO Sterling

0
1540
Source: Bumi Armada

Kuala Lumpur (25 Sep) – Bumi Armada Berhad mengumumkan menerima dua kontrak berkaitan kapal kemudahan pengeluaran, penyimpanan dan pemindahan terapung (FPSO) Armada Sterling bernilai RM2.06 bilion daripada syarikat milik negara India, Oil and Natural Gas Corporation Ltd (ONGC).

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, satu kontrak yang diperoleh menerusi syarikat usaha sama Armada D1 Pte Ltd (Singapura), pajakan carter kapal kosong (BBC) selama 10 tahun, dengan pilihan lanjutan setahun sehingga 5 tahun bagi Armada FPSO bernilai US$370 juta (RM1.54 bilion).

FPSO Armada Sterling telah beroperasi di lapangan ONGC D1 sejak 2013 yang terletak 200km dari pesisir pantai Mumbai, India. Armada D1 merupakan syarikat usahasama yang dimiliki 51 peratus oleh Shapoorji Pallonji Oil & Gas Pte. Ltd. (SPOGPL) manakala 49 peratus lagi dimiliki Bumi Armada.

Kontrak kedua yang diraih oleh Shapoorji Pallonji Armada Oil & Gas Services Pte. Ltd. (India) (SPAOGSPL) untuk operasi dan penyelenggaran FPSO Armada Sterling dengan nilai sebanyak 9.2 bilion rupee (RM520 juta). SPAOGSPL ialah 60:40 milik (SPOGPL) dan Bumi Armada (Singapore) Pte Ltd, anak syarikat milik penuh Bumi Armada

Kedua-dua kontrak BBC dan O&M adalah untuk tempoh tetap 10 tahun dengan tempoh lanjutan tahunan sehingga lima tahun bermula semalam, 25 September 2020