Dayang Enterprise peroleh kontrak Accomodation Work Boat (AWBOAT) dari PCSB

0
2351
Dayang Enterprise

Dayang Enterprise Holdings Berhad mengumumkan memperoleh kontrak Accomodation Work Boat (AWBOAT) dari Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi kapal milik kumpulan iaitu Dayang Berlian.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 21 Mac 2023, kumpulan syarikat memaklumkan kontrak tersebut diperoleh melalui anak syarikat milik penuhnya, DESB Marine Services Sdn Bhd (DESB Marine).

Tempoh kontrak untuk AWBOAT ini adalah selama 207 hari bermula 17 Februari 2023 dengan pilihan untuk tempoh lanjutan selama 90 hari. Manakala, nilai kontrak pula bergantung kepada arahan kerja yang dikeluarkan oleh PCSB sepanjang tempoh kontrak.

Dayang Berlian merupakan kapal yang dibina pada 2007 dan digunakan untuk melakukan penyelenggaran mahupun sebagai penginapan. Kapal ini mampu memuatkan 189 krew pada satu-satu masa.