Dayang Enterprise peroleh lanjutan kontrak Maintenance, Construction & Modification dari PTTEP

2
1945
Dayang Enterprise

Dayang Enterprise Holdings Berhad (DEHB), umumkan peroleh pelanjutan kontrak Pan Malaysia Maintenance, Construction and Modification bersama PTTEP Sarawak Oil Limited dan PTTEP Sabah Oil Limited (“PTTEP”)

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kumpulan syarikat, kontrak berkenaan adalah bagi kerja-kerja penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian.Tempoh lanjutan yang diumumkan syarikat adalah untuk tempoh 1 tahun 5.5 bulan, Kontrak asal 5 tahun itu dilaporkan tamat pada 17 Julai 2023 dan dilanjutkan sehingga Disember 2024.

Nilai kontrak lanjutan tersebut tidak diperincikan memandangkan ianya berdasarkan arahan kerja yang dikeluarkan oleh PTTEP sepanjang tempoh kontrak berjalan.

Baru-baru ini, Dayang Enterprise mengumumkan peroleh kontrak lanjutan bersama beberapa syarikat pengeluar minyak dan gas tempatan, antaranya KPOC, Hibiscus, Roc Oil, Shell dan JX Nippon. Kesemua kontrak tersebut dilanjutkan sehingga Disember 2024.

2 COMMENTS

Comments are closed.