Dayang peroleh kontrak lanjutan dari Shell

0
2528
Image Source: Dayang Enterprise

Dayang Enterprise Holdings Berhad mengumumkan memperoleh kontrak lanjutan dari Sarawak Shell Berhad (SSB) dan Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC).

Menurut satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, kontrak tersebut diperoleh melalui anak syarikat kumpulan berkenaan, Dayang Enterprise Sendirian Berhad (DESB) untuk penyediaan perkhidmatan penyelenggaran (Topside Major Maintenance Services) untuk SSB dan SSPC.

Pada Ogos 2020, Dayang umum peroleh kontrak dari Shell.

Nilai kontrak tersebut adalah berdasarkan arahan kerja (work orders) daripada SSB dan SSPC sepanjang tempoh lanjutan kontrak.

Kontrak yang diperoleh dilanjutkan sehingga 15 Jun 2021, tambah kumpulan berkenaan dalam satu kenyataan.

Artikel berkaitan: Insiden Dayang Topaz