Destini Oil peroleh kontrak daripada Repsol Malaysia

0
1848

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2021 – Syarikat minyak dan gas tempatan, Destini Oil Services Sdn Bhd (DOS) mengumumkan telah dianugerahkan kontrak daripada Repsol Oil and Gas Malaysia bagi perkhidmatan “Tubular Handling and Conductor Installation Equipment and Services”. Destini Oil Services Sdn Bhd (DOS) merupakan anak syarikat milik penuh Destini Berhad, syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia

“Kontrak adalah bagi perkhidmatan kepada aset-aset minyak dan gas milik Repsol di Malaysia untuk tempoh dua tahun bermula 21 Julai 2021 dan dengan pilihan lanjutan bagi tempoh satu tahun.

Kumpulan syarikat terus mengekalkan momentum dalam perolehan kontrak sepanjang tahun. Dengan penganugerahan kontrak ini, jumlah buku pesanan terkumpul kumpulan berkenaan adalah RM486.63 juta.” katanya dalam satu kenyataan.

“Perolehan kontrak ini membuktikan daya tahan dan daya saing Destini meraih dan melaksanakan kerja dalam bidang kepakarannya dalam suasana yang tidak menentu. Kumpulan juga optimis dalam memperoleh lebih banyak kontrak pada tahun ini memandangkan ekonomi semakin pulih. ” tambahnya lagi.