DIALOG membuat ‘debut’ sebagai operator ‘upstream’ dengan menandatangani PSC Baram Junior Cluster Small Field Asset.

0
1505

DIALOG Berhad harini mengumumkan majlis tandatangan Perjanjian Perkongsian Pengeluaran atau PSC bersama PETRONAS, Dialog Resources Sdn Bhd (“Dialog Resources”), Petroleum Sarawak Exploration and Production (“PSEP”), sebuah anak syarikat PETROS, bagi Kluster Lapangan Aset Kecil Baram Junior atau Baram Junior Cluster Small Field Asset Production Sharing Contract (“BJC SFA PSC”).

Menurut perjanjian ini, Dialog Resources sebagai operator atau pengendali mempunyai kepentingan sebanyak 70% dalam PSC yang terletak di luar pesisir Sarawak itu manakala baki 30% dimiliki oleh PSEP.

Kontrak selama 14 tahun itu memperuntukkan tempoh 2 tahun bagi fasa pra-pembangunan (pre-development) dan seterusnya lagi 2 tahun kepada fasa pembangunan (development) dengan pengeluaran pertama dijangka dapat dihasilkan pada akhir fasa ini. Tempoh pengeluaran pula akan diteruskan sehingga 10 tahun atau tempoh akhir kontrak mengikut mana dahulu.

BJC SFA PSC mengandungi kajian kebolehlaksanaan ketika fasa pra pembangunan antaranya pemprosesan semula data seismik 3D, kajian pengkhususan, dan penilaian hasil. Bergantung kepada hasil kajian ini, sebuah pelan pembangunan dan penutupan lapangan bakal dirangka bagi menentukan kadar kebolehlaksanaan serta nilai komersial aset berkenaan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, kumpulan syarikat minyak dan gas tempatan itu menyatakan bahawa adalah strategi syarikat untuk mengembangkan aset huluan atau ‘upstream’ serta meningkatkan kepakaran syarikat dalam lapangan upstream yang mana terdiri daripada pembangunan lapangan baru, menghidupkan semula lapangan, dan pembangunan semula lapangan minyak dan gas yang sudah matang.