ExxonMobil senarai pendek pembida aset di Malaysia

1
4436
Platform Photo

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg pada 25 September lalu, ExxonMobil dikatakan sudah menyenarai pendek pembida untuk aset-aset offshore di Malaysia yang dikatakan mampu menjana antara AS$2 bilion (RM8.4 bilion) hingga AS$3 bilion (RM12.6 bilion), kata individu berkenaan, yang enggan dikenali kerana perkara terbabit adalah sulit.

Enquest Plc, sebuah syarikat yang berpengkalan di United Kingdom, dan syarikat minyak dan gas tempatan, Hibiscus Petroleum antara yang terpilih untuk membida aset berkenaan.

ExxonMobil menyatakan bahawa penjualan aset di Malaysia adalah sebahagian dari pelan pelupusan syarikat berkenaan di peringkat global. ExxonMobil merupakan antara pengeluar minyak dan gas terbesar di Malaysia di mana syarikat ini mengeluarkan minyak dan gas di Malaysia di bawah empat kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) dengan PETRONAS, menurut laman webnya

PSC terbabit meliputi kawasan luar pesisir seluas 2.4 juta ekar dengan terma pengeluaran dan penerokaan sehingga 38 tahun, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada 2019.

Sebelum ini, ExxonMobil telah menjual pengangannya di lapangan PM8/Seligi kepada Enquest pada 2014 dan sekaligus menjadikan Enquest sebagai pengendali medan minyak tersebut. Pada Disember tahun lalu, Enquest telah dilantik sebagai pengendali lapangan PM409 dengan pegangan sebanyak 85 peratus dan bakinya dipegang oleh Petronas Carigali.

Artikel berkaitan: Enquest awarded block operatorship offshore Peninsular Malaysia

Manakala, Hibiscus Petroleum, syarikat tempatan yang mempunyai aset di Malaysia, Australia dan United Kingdom, telah membeli keseluruhan pegangan dalam Sabah Shell Petroleum Co Ltd dan Shell Sabah Selatan Sdn Bhd dengan nilai US$25 juta pada 2018.

1 COMMENT

Comments are closed.