Harga minyak mentah mencecah $67 se tong, paras tertinggi setahun

0
1364

Harga minyak mentah pasaran global melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih setahun berikutan keputusan mesyuarat OPEC+ bersetuju untuk mengekalkan jumlah pengeluaran sedia ada sehingga April berikutan kebimbangan terhadap kadar permintaan yang belum pulih sepenuhnya

Harga minyak mentah Brent meningkat sebanyak 5.10% untuk berada pada AS$67.17 tong manakala West Texas Intermediate (WTI) ditutup pada AS$64.21 se tong, menyaksikan peningkatan sebanyak 5.06%. Kadar tersebut adalah yang tertinggi direkodkan sejak Januari 2020 sebelum seluruh dunia dilanda pandemik COVID-19.

Kenaikan harga minyak ini sudah semestinya memberikan sedikit kelegaan kepada pemain industri minyak dan gas global dan tempatan khususnya, dengan lebih banyak projek dijangka dilaksanakan sekiranya harga minyak terus berada stabil melebihi paras $60 se tong.

Sebelum berlangsungnya mesyuarat OPEC+, terdapat kebimbangan dalam kalangan pelabur akan tindakan yang bakal diambil oleh OPEC+ bagi membenarkan sebanyak 1.5 juta tong sehari minyak mentah kembali ke dalam pasaran

OPEC+ adalah gabungan Pengeluar minyak bersekutu Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan rakan sekutunya termasuklah Rusia

Sumber: oil-price.net, reuters