Hibiscus Petroleum Umum Selesai Pembelian Aset Kendalian Repsol di Malaysia dan Vietnam

0
2922
Hibiscus Asset

Hibiscus Petroleum Berhad umum berjaya selesaikan pembelian aset kendalian Repsol di Malaysia dan Vietnam melalui anak syarikat milik penuhnya, Peninsula Hibiscus Sdn Bhd

Perkara ini diumumkan kumpulan syarikat berkenaan dalam satu kenyataan yang menyebut bahawa Peninsula Hibiscus telah menyelesaikan pembelian kesuluruhan kepentingan ekuiti dalam Fortuna International Petroleum Corporation (FIPC) pada 24 Januari 2022.

“Daripada harga belian pada US$212.5 juta, jumlah bersih yang dibayar pada penyelesai n pembelian adalah US$123.65 juta setelah mengambil kira pelbagai pelarasan termasuk bayaran pendahuluan sebanyak US$15 juta”

Penyelesaian ini dilakukan sejurus semua syarat yang ditetapkan telah dipatuhi sebagaimana diumumkan pada 20 Januari 2022.

Portfolio aset merangkumi pegangan dan pengendalian dalam lima kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) di Malaysia dan Vietnam:

PSCPeganganLokasiTarikh tamat tempoh PSC
PM31460%Barat Daya Malay Basin30.03.2033
PM30560%Barat Daya Malay Basin26.11.2029
2012 Kinabalu Oil60%Sabah, offshore Malaysia25.12.2032
PM3 CAA35%Timur Laut Malay Basin, di dalam Kawasan Aturan Komersial (CAA) antara Malaysia dan Vietnam31.12.2027
Blok 4670%Timur Laut Malay Basin dalam perairan Vietnam31.12.2027

Purata pengeluaran hasil minyak dan gas syarikat berkenaan dijangka melonjak sehingga tiga kali ganda. Sebagai pengendali aset-aset yang baru diperoleh ini, kumpulan tersebut dalam landasan terbaik dalam meneruskan rekod cemerlang operasinya dalam aset-aset lain yang sedang mengeluarkan hasil petroleum di United Kingdom dan Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan, Dr Kenneth Gerard Pereira, penyelesain pengambil alihan ini membawa kepada pengakhiran proses yang mana bermula sejak kami mula-mula membida aset-aset ini dan membuka lembaran baru dalam fasa pengembangan kumpulan. Kami mengalu-alukan kedatangan kumpulan Repsol ke dalam keluarga Hibiscus dan berharap untuk bekerjasama dalam terus meningkatkan nilai daripada aset-aset ini pada 2022 dan seterusnya.

Hampir 50% dari pengeluaran adalah gas. Penambahan pengeluaran gas dijangka akan memberikan keseimbangan kepada portfolio aset Kumpulan dari segi kestabilan harga, pasaran dan operasi. Kepelbagaian ini melambangkan aspek penting dalam strategi peralihan tenaga memandangkan gas asli dianggap sebagai bahan bakar yang penting dalam peralihan dunia kepada campuran tenaga karbon yang lebih rendah.

Akhir sekali, transaksi ini berjaya direalisasikan dengan sokongan kuat dari pemegang saham, pengendali industri di Malaysia dan Vietnam, dan juga rakan kongsi kami. Kerjasama sedia ada kami dengan PETRONAS dan Petronas Carigali akan terus diperkukuh dan kami amat gembira untuk membina hubungan kerjasama bersama PetroVietnam dengan peluasan operasi kami di Vietnam.”

Sumber: Hibiscus