Icon Offshore peroleh kontrak untuk 2 kapal

0
2990
Source: ICON Offshore

Icon Offshore semalam mengumumkan memperoleh kontrak untuk penyewaan dua kapal milik anak syarikat Brunei kumpulan berkenaan, Icon Bahtera (B) Sdn. Bhd. (IBSB). Dua kapal berkenaan adalah Icon Valiant and Icon Aliza daripada penyewa Zell Transportation Sdn. Bhd.

Syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam berkata,Brunei Shell Petroleum dan Zell Transportation Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian sewaan untuk kapal-kapal berkenaan. Manakala ZT sebagai pemegang kontrak pula menandatangani kontrak sewaan dengan IBSB.

Tarikh sewaan untuk Icon Valiant dijangka bermula pada 1 March 2021 untuk kontrak utama selama enam (6) tahun dengan dua kali pilihan lanjutan iaitu untuk tempoh satu (1) tahun dan 10 bulan projek setiap tahun

Manakala untuk Icon Aliza, tarikh sewaan dijangka bermula pada 1 Februari 2021 untuk kontrak utama selama enam (6) tahun dengan dua kali pilihan lanjutan untuk tempoh satu (1) tahun setiap satunya.

Icon Offshore berkata, kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021 dan seterusnya

Icon Offshore merupakan antara pengendali sokongan luar pantai (OSV) terbesar di Malaysia. Kedua-dua Icon Valiant dan Icon Aliza adalah antara bot kerja penginapan dalam armada kumpulan syarikat itu.