Jadestone Energy bakal menggali telaga pertamanya di Malaysia

0
897

Jadestone Energy harini mengumumkan memulakan penggalian telaga pertama bagi aset milik syarikat di Malaysia bagi projek infill East Belumut.

Menerusi satu hantaran di akaun LinkedIn rasmi syarikat, Syarikat pengeluar minyak dan gas yang berpengkalan di Singapura tersebut menggunakan jack-up Naga 2, sebuah pelantar penggerudian atau ‘drilling rig’ milik Velesto Energy.

Telaga ini pertama kali digali selepas Jadestone mengambil alih asetnya di Malaysia dari SapuraOMV pada 2021 dan dijangka meningkatkan pengeluaran minyak syarikat sebanyak 2-2500 tong sehari.

Pada 2021, VerticalWell melaporkan SapuraOMV Upstream (Malaysia) menjual keseluruhan kepentingannya di dalam SapuraOMV Upstream (PM) Inc kepada Jadestone Energy PLC pada harga AS$9 juta (RM37 juta).

Menerusi pembelian tersebut, Jadestone Energy mengambil alih kepentingan dalam empat Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) di mana dua (2) daripadanya sebagai pengendali atau operator antaranya adalah PM323, PM329, PM318 dan AAKBNLP Production Sharing Contracts.

Dua PSC dimana SapuraOMV sebagai operator adalah PSC PM329 (70% pegangan) yang terdiri daripada medan East Piatu dan PSC PM323 (60% pengangan) yang terdiri daripada medan East Belumut, West Belumut dan Chermingat.