Jadestone menjadi operator upstream yang terbaru di Malaysia

1
2412

Kuala Lumpur, 2 Ogos 2021 – Jadestone Energy Holdings Ltd, anak syarikat milik Jadestone Energy plc (Jadestone), sebuah syarikat berpangkalan di Singapura menjadi pelabur dan operator huluan (upstream) yang terbaru di Malaysia melalui pengambilalihan syarikat SapuraOMV Upstream (PM) Inc (SapuraOMV PM), anak syarikat SapuraOMV Upstream Sdn Bhd (SapuraOMV).

SapuraOMV PM mempunyai kepentingan mengambil bahagian dalam menghasilkan aset yang terletak di luar Semenanjung Malaysia iaitu Kontrak Perkongsian Pengeluaran AAKBNLP, PM318, PM323 dan PM329(PSC). Syarikat itu adalah pengendali atau operator bagi blok PM323 dan PM329.

Terdahulu, SapuraOMV umumkan jual kepentingannya dalam aset di Semenanjung Malaysia kepada Jadestone Energy.

Jadestone tersenarai di Pasaran Pelaburan Alternatif (AIM) di Bursa Saham London dan mempunyai pengalaman sebagai operator minyak dan gas di rantau Asia Pasifik.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia, PETRONAS, Mohamed Firouz Asnan, berkata kumpulan mengalukan kehadiran Jadestone dalam sektor huluan negara. Ini adalah bukti bahawa Malaysia tetap menjadi lokasi pelaburan yang menarik dengan pelbagai peluang tersedia mengikut kehendak dan kemampuan pelabur.

Aset yang sesuai diletakkan di tangan peserta industri yang berkemampuan katanya mampu membuka potensi sepenuhnya, seterusnya memaksimumkan pulangan bagi kedua belah pihak, pelabur huluan dan juga PETRONAS sebagai penjaga sumber hidrokarbon Malaysia.

“Kami percaya dengan pengalaman dan kemahiran Jadestone dalam memanjangkan jangka hayat aset, digabungkan dengan fokus meningkatkan pengeluaran dan pengoptimuman kos akan meningkatkan margin disamping memanjangkan jangka hayat ekonomi lapangan luar pesisir, menyumbang kepada kelestarian keseluruhan pengeluaran minyak dan gas untuk negara,” katanya.

SapuraOMV dan Jadestone sebelum ini menandatangani perjanjian jual beli (SPA) bersyarat pada 30 April 2021. Antara syarat yang ditermaktub adalah kelulusan dari PETRONAS, di mana ia telah diperoleh pada 15 Julai 2021. Pengambilalihan ini selesai pada 1 Ogos 2021.

1 COMMENT

Comments are closed.