Maersk Drilling peroleh kontrak ‘drillship’ dari Shell Malaysia

0
2494
Image Courtesy: Maersk Drilling

Maersk Drilling mengumumkan memperoleh kontrak bersama Shell Malaysia untuk drillship nya iaitu Maersk Viking.

Menurut kenyataannya di laman sesawang Maersk Drilling, kontrak tersebut adalah untuk penggerudian empat telaga pembangunan atau development wells di Gumusut-Kakap.

Projek berkenaan dijangka bermula pada Disember 2021, dengan tempoh anggaran selama 150 hari. Nilai kontrak tetap adalah sekitar USD 34 juta termasuk kos pengangkutan. Kontrak tersebut juga termasuk lima (5) tambahan pilihan satu telaga untuk kerja luas pesisir Malaysia, Filipina dan Brunei Darussalam

Baca juga: Malaysia, Brunei meterai kerjasama bagi medan Gumusut-Kakap dan Geronggong-Jagus East

“Kami berbesar hati untuk mengesahkan yang Maersk Viking bakal kembali untuk bekerja dengan Shell Malaysia untuk projek Gumusut-Kakap. Dengan cara ini, kami akan berupaya membina kerjasama yang lebih erat yang telah dibina oleh krew rig yang cemerlang sepanjang projek bersama Brunei Shell Petroleum” kata Morten Kelstrup, COO Maersk Drilling

Maersk Viking merupakan kapal penggerudian laut dalam atau ‘ultra-deepwater drillship’ yang berspesifikasi tinggi dibina pada 2013. Kapal tersebut sedang beroperasi di luas pesisir Brunei Darussalam.

Sumber: Maersk Drilling