Mantan CEO Petronas dilantik lembaga pengarah ExxonMobil

0
1960
Image source: The Star

Mantan CEO Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat gergasi minyak dan gas, Exxon Mobil Corporation.

Menurut ketua pegawai eksekutif Exxon Mobil, Darren Woods, pengalaman luas Wan Zulkiflee dalam industri minyak dan gas global akan melengkapkan ahli lembaga pengarah syarikat pengeluar minyak dan gas dari Amerika Syarikat tersebut.

Sebeum ini, Wan Zulkiflee merupakan presiden dan CEO kumpulan Petronas mulai tahun 2015 sehingga 2020.

Sekarang, beliau merupakan pengarah bukan eksekutif untuk Malaysia Airlines Bhd dan DRB-Hicom Bhd.

Pelantikan Wan Zulkiflee menjadikan jumlah lembaga pengarah ExxonMobil bertambah kepada 11 orang, di mana 10 daripadanya adalah pengarah bebas. Syarikat berkenaan akan meneruskan perbincangan dengan calon-calon lain dengan pengalaman yang pelbagai untuk dimasukkan sebagai ahli lembaga pengarah.

Sumber: Reuters