Naga 2 peroleh kontrak PCSB

0
2069
Source; Velesto Energy

Velesto Energy Berhad (VEB) mengumumkan Velesto Drilling Sdn Bhd (VED), anak syarikat Velesto Malaysian Ventures Sdn Bhd, yang mana merupakan anak syarikat VEB menerima surat tawaran kontrak (Letter of Award) daripada PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi perkhidmatan penggerudian “Jack-Up”.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, kumpulan syarikat berkenaan memaklumkan kontrak tersebut adalah bagi pelantar penggerudian jack up miliknya iaitu Naga 2, dengan jangkaan nilai kontrak USD 12.4 juta.

Menurut kontrak tersebut, Naga 2 akan menggerudi lima (5) telaga, dengan pilihan tambahan satu (1) telaga dan satu (1) telaga. Projek tersebut dijangka bermula 1 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021.

NAGA 2 adalah jack up rig premium yang mempunyai keupayaan menggali sehingga kedalaman 30,000 kaki dan mampu beroperasi di kedalama air sehingga 350 kaki.