PBJV Berjaya Perbaharui Lesen PETRONAS Bagi Tempoh 3 Tahun

0
1389

Barakah Offshore Petroleum Berhad harini mengumumkan bahawa sebuah anak syarikat milik kumpulan tersebut, PBJV Group Sdn Bhd (PBJV) telah memperoleh lesen PETRONAS selama tiga (3) tahun

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat menyatakan bahawa permohonan PBJV untuk memperbaharui lesen PETRONAS telah berjaya dan kesemua kod SWEC (Standardised Work and Equipment Categories) bagi 27 Kategori yang diluluskan dikembalikan semula.

Pada 10 April yang lalu, Barakah Offshore mengumumkan telah menerima notis tarik balik penggantungan PBJV bagi lesen PETRONAS milik PBJV.

Pada Julai 2019, PETRONAS telah mengeluarkan notis penggantungan lesen PETRONAS bagi PBJV selama tiga (3) tahun berikutan terdapat laporan daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bahawa PBJV tidak memberikan prestasi seperti tertakluk di dalam kontrak perkhidmatan dasar laut untuk PCSB.

Menurut laman sesawang syarikat, PBJV merupakan anak syarikat Barakah Offshore Petroleum Berhad yang terlibat dalam aktiviti huluan (upstream) industri minyak dan gas yang menawarkan perkhidmatan Offshore Transportation and Installation (OIC), Pipeline Services, Topside Major Maintenance and Hook-up Commissioning, EPCC (Engineering, Procurement, Construction & Commissioning) Onshore & Offshore Construction, Underwater Services dan Ship Management and Chartering.