Pencapaian besar PETRONAS tahun 2020

0
1943

Tahun 2020 adalah tahun yang amat mencabar untuk industri minyak dan gas berikutan kejatuhan harga minyak mentah yang mendadak ditambah gangguan dalam permintaan. Sudah tentu, impak kejatuhan harga minyak begitu terasa sehinggakan PETRONAS semalam melaporkan catat kerugian bersih RM21 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

BACA: PETRONAS catatkan kerugian bersih RM21 bilion untuk tahun 2020

Di sebalik landskap industri yang mencabar, terdapat pelbagai pencapaian yang membanggakan direkodkan syarikat gergasi minyak dan gas nasional sepanjang tahun 2020.

1UPSTREAM (HULUAN)

  • 17 projek berjaya mengeluarkan hasil hidrokarbon pertama – (14 Malaysia, 3 Antarabangsa)
  • 13 projek mencapai Final Investment Decision (FID) – (9 Malaysia, 4 Antarabangsa)
    • Malaysia – 9
    • South Sudan – 2
    • Turkmenistan -1
    • Brazil – 1
  • Meneruskan penggunaan peralatan digital dan platform bagi penyelesaian teknologi yang menyeluruh
    • Yang pertama di Malaysia mengendalikan operasi platfrom secara jarak jauh. Pelaksanaan projek pilot ini dilakukan di Platform Resak, offshore Terengganu yang berupaya menghasilkan penjimatan modal operasi (CAPEX) sebanyak 30 peratus
  • Melaksanakan projek bagi sifar pelepasan dan pembakaran hidrokarbon yang berterusan (zero continuous venting and flaring of hydrocarbon) yang sudah mencapai sekitar 12.5 peratus penurunan dalam pengeluaran gas rumah hijau (GHG) dan 27 peratus jumlah gas berjaya dikembalikan semula.
    • Sejajar dengan matlamat “Net Zero Carbon Emissions by 2050”, PETRONAS menganggarkan jumlah pengurangan gas rumah hijau (GHG) kira-kira dua juta tCO2e setahun dan jumlah gas berjaya dikembalikan semula sekitar 33 MMscfd.

**Nota: FID merujuk kepada tahap di mana sesuatu projek itu diberikan kelulusan untuk dijalankan

2GAS & NEW ENERGY (GAS & TENAGA BAHARU)

  • Berjaya mengharungi tahun yang mencabar dengan keadaan pasaran yang tidak menentu sebagai penyedia tenaga bersih dan tenaga boleh diperbaharui yang terkemuka
    • PETRONAS berjaya mendapatkan jualan gas asli yang baharu sehingga 1,050 mmscf dengan lebih 6.5 MTPA urusniaga LNG pada 2020. Semua ini termasuklah lanjutan kontrak, membekal kepada segmen baru pelanggan dan juga pasaran baharu.  
  • 11,547 LNG kargo berjaya dihantar dari PETRONAS LNG Complex (PLC) di Bintulu
  • 10 LNG kargo diisi oleh PFLNG SATU, Floating LNG Production Unit pertama di dunia
  • PFLNG DUA bakal menuju kargo pertama yang dijangka pada suku pertama 2021 berikutan kejayaan penghasilan LNG pertamanya pada Februari 2021.

3DOWNSTREAM (Hiliran)

  • PETRONAS Chemical Group (PCG) merekodkan hasil pengeluaran yang kukuh melebihi 10 juta matrik ton, disokong oleh prestasi operasi yang memberangsangkan
  • PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) pula memperluaskan penawaran menerusi Makan@Mesra
    • PDB memperluas segmen rangkaian makanan dan minumannya (F&B) menerusi pelancaran Makan@Mesra di stesen Petronas

Sumber: PETRONAS