Pengeluaran Enquest di Malaysia menurun pada 2020

0
2772
Source: Enquest.com

LONDON (25 MAC) – Enquest PLC keluarkan penyata tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 dan umumkan alami kerugian selepas cukai sebanyak AS$625.8 juta bagi keseluruhan operasi kumpulan termasuklah di United Kingdom dan Malaysia.

Purata pengeluaran minyak kumpulan syarikat menurun sebanyak 13.8% kepada 59,116 Boepd berbanding 68,606 Boepd pada 2019. Boepd merujuk kepada Barrel of Oil Equivalent Per Day iaitu unit kiraan pengeluaran minyak setiap hari.

Sumber: Enquest https://www.enquest.com/media/press-releases/article/2020-full-year-results

Pengeluaran minyak dan gas Enquest di Malaysia pada tahun 2020 juga mencatatkan penurunan dengan purata pengeluaran 6,436 boepd berbanding 8,653 boepd pada tahun sebelumnya.

Pengeluaran minyak di Malaysia lebih rendah pada tahun 2020 berikutan ‘detached riser’ pada pelantar Seligi Alpha yang menyediakan ‘gas lift’ dan ‘injection’ kepada pelantar Seligi Bravo

Operasi Enquest di Malaysia melibatkan Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) PM8/Seligi dan juga PM409, kedua-duanya terletak di luar pesisir Semenanjung Malaysia.

READ ALSO: Enquest awarded block operatorship offshore Peninsular Malaysia