PETRONAS Buat Penemuan Minyak dan Gas Baru offshore Sarawak

0
1613

PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB), anak syarikat milik penuh PETRONAS, umumkan menemui minyak dan gas di telaga Nahara-1 di Blok SK306, yang terletak di perairan cetek di Balingian kira-kira 150 kilometer dari Bintulu, luar pantai Sarawak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, syarikat menyatakan yang telaga Nahara-1 telah berjaya digerudi sehingga kedalaman keseluruhan 2,468 meter dan menemui hidrokarbon di jujukan sedimen Late Oligocene hingga Middle Miocene

Hasil ujian yang dijalankan ke atas penghasilan dari telaga berkenaan menjumpai minyak ringan dengan bahan cemar yang minimum.

PCSB adalah pengendali blok itu dengan 100 peratus pegangan dalam kontrak perkongsian pengeluarannya.

Naib Presiden Eksplorasi PETRONAS Mohd Redhani Abdul Rahman berkata syarikat itu teruja dengan penemuan tersebut dan impaknya ke atas usaha penerokaan di masa depan di kawasan sekitar.

“Nahara-1 adalah penemuan minyak yang besar oleh PCSB dalam tempoh sedekad lepas. Ia adalah bukti potensi besar lembangan prolifik Malaysia yang kekal sangat prospektif. Penemuan itu juga mengukuhkan strategi eksplorasi semasa PCSB untuk meneruskan fokus dalam usaha eksplorasinya di lembangan Malaysia.” katanya

Sumber: PETRONAS