PETRONAS Catat Untung Bersih RM101.6 Bagi Tahun Kewangan 2022, Terbesar Dalam Sejarah

0
880

PETRONAS mengumumkan mencatatkan keuntungan bersih RM101.6 Bilion bagi tahun kewangan 2022, peningkatan 100 peratus berbanding RM50.9 Bilion pada tahun sebelumnya.

Ini disokong oleh peningkatan hasil pendapatan pada 2022 sebanyak RM375.3 Billion berbanding hanya RM248 Billion pada tahun 2021. Peningkatan pendapatan ini disebabkan oleh kesan harga yang lebih baik bagi produk utama seiring dengan harga penanda aras yang lebih tinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik berkata, tenaga kerja PETRONAS terus dipacu oleh tujuan syarikat untuk menjadi rakan kongsi tenaga dan penyelesaian progresif yang mempertingkatkan kualiti kehidupan demi masa depan yang mampan. Ketahanan mereka membolehkan Kumpulan mencapai prestasi yang kukuh pada tahun 2022.

“Sementara tahun 2022 membolehkan kami untuk memanfaatkan lonjakan minyak dan gas, tahun lalu juga memberikan isyarat ketidaktentuan terhadap permintaan-bekalan yang didorong oleh peralihan mendadak dalam pasaran serta peralihan tenaga yang dipercepatkan.”

“Walaupun kami maju dengan kedudukan yang lebih kukuh, PETRONAS akan terus memantapkan rantaian nilai bersepadu kami dengan tumpuan yang lebih memfokuskan kepada kecemerlangan komersial dan operasi. Kumpulan akan memberi tumpuan kepada penyampaian strategi pertumbuhan tiga serampang serta aspirasi Pelepasan Sifar Karbon Bersih menjelang 2050 secara berdisplin termasuklah pengurusan komitmen kewangan dan obligasi hutang secara berhemat.”

“PETRONAS tidak mempunyai pilihan selain untuk mengukuhkan masa depan Kumpulan bagi mengekalkan keupayaan kami dalam menyampaikan nilai jangka panjang yang mampan sebagai Syarikat Minyak Nasional dan pemain tenaga global. Untuk tujuan ini, PETRONAS perlu kekal teguh dalam menyediakan tenaga yang selamat, mampu milik dan boleh capai ke arah memartabatkan masyarakat dan menyokong negara bagi mencapai cita-cita sifar bersih. PETRONAS berazam untuk melaksanakannya dengan teguh melalui perkongsian yang lebih kukuh dengan pihak berkepentingan, rakan kongsi, pemain OGSE tempatan dan pelanggan di seluruh dunia.” katanya lagi.