PETRONAS dan PTTEP umumkan penemuan terbaru telaga gas offshore Sarawak

0
2425
Photo Credit: PTTEP

30 November 2021 – PETRONAS dan PTTEP mengumumkan penemuan gas dari telaga penerokaan keduanya, Nangka-1 di Blok SK417, yang terletak luar pesisir pantai Sarawak.

Telaga Nangka-1 berjaya digerudi sehingga kedalaman keseluruhan 3,758 meter pada September 2021. Telaga ini mula digali pada Jun 2021, berikutan penemuan telaga Dokong-1 yang berada di blok yang sama awal tahun ini.

Penemuan telaga baru ini menjadikannya penemuan kelima PTTEP di Malaysia selepas Lang Lebah (SK410B), Dokong-1 (SK417), Sirung-1 (SK405) dan Kulintang-1 (SK438).

Blok SK417  terletak di kedalaman cetek, sekitar 90 kilometer dari pesisir Sarawak dengan kawasan seluas 1,540 kilometer persegi. PTTEP HK Offshore Limited merupakan pengendali bagi Blok SK417 dengan 80 peratus kepentingan, manakala Petronas Carigali Sdn Bhd memegang baki 20 peratus.

Sumber: PTTEP dan PETRONAS