Petros dan Petra-Uzma JV tandatangan kontrak perlombongan minyak di Sarawak

0
2750

Satu majlis tandatangan kontrak perlombongan minyak antara Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dan Petra Energy Development Sdn Bhd (PEDSB) bersama rakan usahasama Uzma Engineering Sdn Bhd (UESB) diadakan secara maya

Kontrak perlombongan tersebut merupakan Kontrak Petroleum dan Perjanjian Operasi Bersama bagi Blok SK433, menurut Petros dalam hantarannya di LinkedIn.

Blok SK433 adalah lapangan darat atau ‘onshore’ yang terletak di kawasan Miri-Marudi merangkumi utara Marudi dan juga termasuk lapangan Adong Kecil West yang mana telah ditemukan hasil

Sebelum ini kontrak berkenaan diluluskan secara bersyarat kepada PEDSB dan UESB di mana Petra Energy Development Sdn Bhd sebagai pengendali blok.

Tempoh kontrak tersebut adalah selama 29 tahun. Fasa pertama kontrak selama empat (4) tahun dengan pilihan lanjutan setahun. Jika fasa pertama berhasil, fasa kedua melibatkan aktiviti pembangunan dan pengeluaran.