Ping Petroleum terima kontrak ‘Production & Abandonment’ Abu Cluster

0
577

30 Oktober – Ping Petroleum Sdn Bhd (Ping Petroleum), sebuah anak syarikat DNeX Energy Sdn Bhd, , mengumumkan menerima kontrak ‘Production & Abandonment’ bagi fasiliti Abu Cluster. Kontrak Late Life Asset (LLA) tersebut ditandatangan antara DNeX Energy Sdn. Bhd dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada 27 Oktober 2023.

Abu Cluster terletak kira-kira 250km luar pesisir Semenanjung Malaysia dan terdiri daripada tiga lapangan iaitu Abu, Abu Kecil dan Abu SW Upthrown dengan baki takungan lima juta ‘stock tank barrel’.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Dnex Nexchange Berhad (DNeX) yang merupakan syarikat induk kepada DNeX Energy Sdn Bhd, kumpulan syarikat berkata kontrak berkenaan adalah bagi tempoh 10 tahun dari tarikh berkuatkuasa atau sehingga pelaksaan aktiviti ‘abandonment’ sebagaimana pelan ‘abandonment’, mengikut mana yang terdahulu.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh PETRONAS, PETRONAS menjangkakan Ping Petroleum untuk memaksimakan pengeluaran dari lapangan Abu. Lapangan Abu pernah mencatatkan pengeluaran paling tinggi 15,000 tong sehari pada 2008. Dengan terma komersial bagi kemasan prosedur LLA yang ditambahbaik, PETRONAS memperkasakan lagi operator atau dalam konteks ini merujuk kepada Ping Petroleum, untuk menggunapakai kepakaran mereka untuk mendapatkan pulangan dari lapangan Abu Kecil dan Abu SW Upthrown.

Potensi yang terpendam dari lapangan Abu serta nilai ganjaran dari dua lagi lapangan dijangka akan memberikan pulangan yang saksama kepada kedua-dua hos autoriti dan pelabur, terutamanya bagi membiayai keperluan untuk fasa ‘abandonment’ fasiliti itu nanti.

Ping Petroleum adalah sebuah syarikat pengeluar minyak dan gas bebas (independent) yang memfokuskan kepada pengeluaran dan pembangunan minyak dan gas di perairan cetek di North Sea dan Malaysia.