PTTEP umumkan lagi ‘discovery’ offshore Sarawak

0
2219
Borr Gunnlod

PTT Exploration and Production Public Company Limited (PTTEP) umumkan penemuan minyak dan gas dari telaga eksplorasi, Sirung-1, dalam Blok SK405B, offshore Sarawak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTEP, Phongsthorn Thavisin, PTTEP melalui anak syarikat berkenaan PTTEP Sarawak Oil Limited memulakan penggalian telaga wildcat Sirung-1 pada Januari 2021. Telaga berkenaan digali sehingga kedalaman 2,538 meter di mana ia minyak dan gas dengan ketebalan lebih 100 meter. Telaga penilaian atau ‘appraisal’ akan digali dalam masa terdekat bagi menilai takungan tersebut.

“Telaga eksplorasi Sirung-1 menjadikannya penemuan ketiga PTTEP offshore Malaysia selepas Lang Lebah SK410B dan Dokong SK417. PTTEP juga bercadang untuk meneroka prospek berdekatan yang terletak dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) tahun depan” kata Ketua Pegawai Eksekutif PTTEP.

Blok SK405B terletak pada perairan cetek, sekitar 137 KM luar pesisir Bintulu, Sarawak. PTTEP Sarawak Oil Limited adalah operator untuk blok berkenaan dengan pegangan sebanyak 59.5 peratus. MOECO Oil (SARAWAK) SDN.BHD. dan PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. masing-masing dengan 25.5 dan 15 peratus.

Selain PSC SK405B, antara portfolio lain PTTEP di Sarawak termasuklah SK 314A, SK 438, SK 417, SK 410B, PM 407 dan PM 415 yang kesemuanya masih dalam fasa penerokaan (exploration). Portfolio PTTEP yang sudah mengeluarkan hasil termasuklah Block K, SK309, SK311, Rotan-Buloh field dalam Block H dan projek usahasama dengan PETRONAS Carigali dalam Malaysia–Thailand Joint Development Area. PTTEP, menerusi PTT Global LNG Company, juga mempunyai kepentingan sebanyak 10% dalam LNG Train 9 sebahagian dari Malaysia LNG Complex di Bintulu.

Sumber: PTTEP