Sapura Energy raih kontrak bernilai RM1.85 Billion

0
2747

Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) harini mengumumkan memperoleh kontrak untuk unit Engineering and Construction (E&C) dan unit Drilling dengan nilai kontrak keseluruhan bernilai RM1.85 billion. Menurut kenyataan kepada Bursa Malaysia, kontrak yang diperoleh adalah untuk operasi di Arab Saudi, Thailand, Malaysia dan Brunei.

Arab Saudi

Kontrak yang diperoleh termasuklah Purchase Order 59 (CRPO 59) dari Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco), yang dikeluarkan di bawah Long-Term Agreement (LTA), sebuah perjanjian yang ditandatangani dengan syarikat pengeluar minyak dan gas.

CRPO 59 diperoleh oleh Sapura Fabrication Sdn Bhd dan Sapura Saudi Arabia Company yang melibatkan projek di medan Zuluf, Ribyan dan Abu Safah, luar pesisir (offshore) Arab Saudi

Skop kerja ini melibatkan kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pengangkutan dan pemasangan jackets untuk tiga (3) wellhead platform baru di ketiga-tiga medan minyak tersebut dan dijangka selesai pada suku pertama tahun 2022.

“Kami berbesar hati untuk dianugerahkan kontrak CRPO 59 oleh Saudi Aramco, salah sebuah syarikat pengeluar minyak dan gas terbesar di dunia”, kata Presiden dan CEO Sapura Energy, Tan Sri Shahril Shamsuddin. “Ini perolehan kontrak yang amat bermakna buat kami, yang membuktikan keupayaan teknikal kami dan juga menguatkan lagi strategi kami untuk mengembangkan sayap perniagaan di Timur Tengah”, tambahnya lagi.

Thailand

Sapura Energy (Thailand) Limited telah berjaya meraih kontrak bagi pemasangan (installation) wellhead platform dan pipelines dan juga pembuangan (removal) wellhead platform dari Chevron Thailand Exploration and Production Ltd (CTEP), Chevron Offshore (Thailand) dan Chevron Pattani Ltd. Kerja-kerja tersebut dijangka selesai pada suku keempat 2022.

Malaysia

Sapura Offshore Sdn Bhd pula memperoleh kontrak pengangkutan dan pemasangan offshore pipelines di bawah kontrak umbrella Pan Malaysia Transportation and Installation of Offshore Facilities oleh PTTEP Sarawak Oil Limited.

Skop kerja yang terlibat merangkumi pengangkutan dan pemasangan offshore pipelines sejauh 10km, offshore Sarawak dan kerja-kerja berkenaan dijangka selesai pada May 2021.

Sapura Offshore Sdn Bhd juga memenangi sub-kontrak dari Herema Marine Contractors untuk pemasangan wellhead jacket dan platform untuk Kasawari Gas Development Project. Kerja-kerja berkenaan dijangka selesai pada suku kedua 2021.

Sapura Geosciences Sdn Bhd pula menerima Letter of Award dari Petronas Carigali Sdn Bhd untuk marine site investigation dan survey laluan pipeline di lapangan Bestari, offshore Sabah. Kerja-kerja berkenaan dijangka selesai pada suku kedua 2022.

Sementara itu, Sapura Baker Hughes TPS Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai Sapura GE Oil & Gas Services Sdn. Bhd.) memenangi kontrak dari Malaysia LNG Sdn Bhd untuk penyelenggaran menyeluruh bagi alatan turbomachinery yang dibekalkan oleh Baker Hughes di bawah perjanjian jangka panjang. Kontrak yang dimeterai untuk tempoh 9.5 tahun, bermula Februari 2021.

Brunei

Unit Drilling Sapura Energy di Brunei, Sapura Drilling Sdn Bhd menerima lanjutan kontrak untuk semi-submersible tender assisted drilling rig, Sapura Pelaut dari Brunei Shell Petroleum Co. Sdn Bhd

Kontrak lanjutan ini adalah untuk tempoh tetap selama 145 hari bermula April 2021 di perairan Brunei. Sapura Pelaut sudah beroperasi di perairan Brunei selama 27 tahun.

Follow kami di Facebook dan LinkedIn untuk lebih maklumat oil & gas tempatan