Tanjung Offshore menangi kontrak Integrated Well Services dari Hibiscus Oil & Gas Limited

0
2068

Syarikat perkhidmatan minyak dan gas tempatan, Tanjung Offshore Services umumkan peroleh kontrak dari Hibiscus Oil & Gas Limited (sebelum ini dikenali sebagai Repsol Oil &Gas Malaysia Limited)

Tanjung Offshore Services Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada T7 Global Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan untuk Bursa Malaysia, Kontrak Umbrella Pan Malaysia bagi Integrated Well Services (IWS) untuk PACs – Work Order Request #3 RML Workover and Plug & Abandonment (P&A) itu bagi tempoh 2 tahun bermula 3 Ogos 2022 hingga 2 Ogos 2024 dan berasaskan call-out dari Hibiscus Oil & Gas Limited.

Di bawah kontrak tersebut, syarikat akan mengambil bahagian dalam kerja-kerja Integrated Well Services untuk projek ‘workover’ and ‘abandonment’ dari Petroleum Arrangement Contractors (PACs) di Malaysia.

Tan Kay Zhuin, Ketua Pegawai Operasi T7, berkata “kami berbangga atas kejayaan memperoleh kontrak dari Hibiscus ini memandangkan kontrak ini meliputi kerja-kerja ‘workover’ dan ‘abandonment’ di bawah kontrak Umbrella Pan Malaysia. “

“Perkhidmatan telaga bersepadu (IWS) yang meliputi telaga yang mempunyai pengeluaran dan penutupan telaga lama bakal menjadi penyelesaian jangka panjang kepada operator minyak dan gas luar pesisir. Menjelang tahun-tahun mendatang, kami berhasrat untuk mendapatkan kerja-kerja yang sama dengan menyediakan kaedah inovatif kepada operator luas pesisir yang lain di rantau ini” , tambahnya lagi.