UZMA menang kontrak HWU dari PCSB bernilai RM450 Juta

0
1802
Image: Uzma

Uzma Engineering Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Uzma Berhad telah memperoleh kontrak dua (2) kontrak dari Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi perkhidmatan Hydraulic Workover and Plug & Abandonment untuk PETRONAS Carigali Sdn Bhd (Package A: 340K HWU Rig & Package B: 460K HWU Rig).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Uzma Berhad, skop kerja bagi kontrak tersebut merangkumi membekalkan minimum satu (1) unit 340K rating Hydraulic Workover (“HWU”) rig, dan minimum satu (1) 460K rating HWU rig, untuk operasi Workover dan well Plug & Abandonment (“P&A”) PCSB di luar pesisir Malaysia.

Di samping itu, kontrak tersebut juga melibatkan penyediaan Accommodation Work Barge (“AWB”) dan Portable Crane bagi setiap unit rig.

Tempoh kontrak adalah selama tiga (3) tahun dengan pilihan tambahan satu (1) tahun bermula 17 Mei 2023 sehingga 16 Mei 2023.

Kontrak tersebut dianggarkan bernilai RM450,000,000.00, untuk kedua-dua Package A dan Package B bagi tempoh yang dinyatakan.