Velesto dapat kontrak Shell untuk Naga 4

0
3316
Source; Velesto Energy

Velesto Energy Berhad (VEB) umumkan peroleh kontrak bagi perkhidmatan jack up ‘drilling’ dari Sarawak Shell Berhad / Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSB/SSPC) menerusi anak syarikat milik penuh kumpulan berkenaan iaitu Velesto Drilling Sdn Bhd (VED)

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan syarikat berkenaan memaklumkan kontrak berkenaan diberikan kepada ‘Jack Up’ milik kumpulan berkenaan iaitu Naga 4 dengan nilai kontrak berjumlah AS$17.68 juta bersamaan sekitar RM73 juta.

Ini adalah kontrak ketiga yang di umumkan dalam tempoh sebulan di mana sebelum ini kumpulan syarikat berkenaan umumkan peroleh kontrak bernilai RM85 juta dari PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi NAGA 2 dan NAGA 5 selain kontrak dari ConocoPhillips Sarawak Limited dan ConocoPhillips Sarawak Oil Limited untuk Naga 7.

Kontrak tersebut adalah bagi menggerudi tujuh (7) telaga atau ‘wells’ dengan dijangka bermula antara 15 Ogos 2021 hingga 15 October 2021.

NAGA 4 adalah jack up rig premium milik Velesto yang mempunyai keupayaan menggali sehingga kedalaman 30,000 kaki dan mampu beroperasi di kedalaman air sehingga 400 kaki.

Sehingga jam 5 petang tadi, saham Velesto Energy di tutup pada harga 17 sen, menyaksikan penurunan 0.5 sen iaitu 2.86%