Velesto Energy peroleh kontrak bernilai RM640 juta dari Hess

1
2124
Source; Velesto Energy

Velesto Energy Berhad(VEB) umum peroleh kontrak bernilai US180 juta atau bersamaan RM640 juta dari Hess Exploration and Production Malaysia BV (“Hess”) bagi perkhidmatan Integrated Rig, Drilling and Completion (“I-RDC”) untuk program pembangunan lapangan North Malay Basin milik Hess yang dijangka dijalankan dari 2022 hingga 2024

Menurut kenyataan kepada Bursa Malaysia, kumpulan syarikat berkata kontrak berkenaan adalah bagi perkhidmatan i-RDC merangkumi 14 telaga bermula suku keempat 2022.

Naga 5, salah satu pelantar penggerudian atau ‘rig’ milik Velesto, dipilih untuk kontrak ini. NAGA 2 adalah jack up rig premium yang mempunyai keupayaan menggali sehingga kedalaman 30,000 kaki dan mampu beroperasi di kedalama air sehingga 400 kaki.

Velesto Energy Berhad merupakan syarikat penyedia perkhidmatan penggerudian luar pesisir bagi kerja-kerja penerokaan, pembangunan dan pengeluaran minyak dan gas di Malaysia.

Hess Exploration and Production Malaysia BV merupakan anak syarikat kepada Hess Corporation, syarikat pengeluar minyak dan gas yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Hess Malaysia mengendali blok PM302 yang terletak 290KM luar pesisir Semenanjung Malaysia dengan 50 peratus dalam blok tersebut. Baki 50 peratus pengangan blok tersebut dimiliki oleh Petronas Carigali Sdn Bhd

Baca juga: 3 Syarikat Fabrication Platform Oil & Gas di Malaysia

1 COMMENT

Comments are closed.