Uzma peroleh kontrak Hydraulic Workover Unit dari PTTEP

0
147
Image: Uzma

Syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas tempatan, Uzma Berhad mengumumkan memperoleh kontrak Hydraulic Workover Unit (HWU) dari PTTEP Sarawak Oil Limited. Kontrak tersebut diterima oleh anak syarikat milik penuh kumpulan iaitu Uzma Engineering Sdn Bhd (UESB).

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Bursa Malaysia, kumpulan syarikat memaklumkan skop kerja kontrak tersebut adalah bagi menyediakan satu (1) unit HWU dan perkhidmatan berkaitan dalam projek ‘workover’ PTTEP bagi dua (2) platform di luar pesisir Malaysia Timur.

Kontrak tersebut berkuatkuasa pada 4 Julai 2024 dan sah sehingga selesai enam (6) telaga yang ditetapkan melainkan dilanjutkan atau ditamatkan menurut terma-terma yang tertakluk di dalam kontrak.