PCSB Jual 50 Peratus Kepentingan Dalam PSC Samarang kepada syarikat milik penuh kerajaan negeri Sabah

0
1174

Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) memeterai perjanjian Farm Out Agreement (FOA) dengan sebuah syarikat milik penuh kerajaan negeri Sabah, SMJ Sdn Bhd (SMJSB) bagi penjualan 50 peratus kepentingan PCSB sebagai bukan pengendali (non-operating) dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Samarang.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Hasliza Othman, Ketua Pegawai Operasi dan Dr. Dionysia Aloysius Kibat, Ketua Pegawai Operasi SMJSB. Urus niaga tersebut sedang menunggu kelulusan kawal selia dan pematuhan syarat-syarat yang dipersetujui sebelum ini.

Pada bulan lepas, PCSB dan SMJSB telah menandatangan perjanjian utama untuk merekodkan persetujuan pihak terlibat dan memuktamadkan penyertaan SMJSB dalam PSC Samarang dan ini akan diganti dengan pelaksanaan FOA.

Di bawah FOA, PCSB akan terus menjadi operator PSC Samarang dengan SMJSB sebagai rakan kongsi bukan operator. Lapangan Samarang yang terletak kira-kira 50KM luar pesisir Sabah sedang mengeluarkan sekitar 36,000 tong minyak dan gas sehari. Gas yang dihasilkan iaitu 134 MMscf/d antara yang dibekalkan kepada pelanggan di Kota Kinabalu dan Labuan.

Sumber: PETRONAS