PETROS & PETRA mulakan ‘drilling’ onshore Sarawak

0
638

Project pencarian sumber minyak Dan gas di daratan Sarawak dijalankan semula selepas diberhentikan lebih 50 tahun

Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak secara rasmi melancarkan projek ‘drilling’ Salam satu majlis yang diadakan di Grand Old Lady, sexual lokasi bersejarah yang menyaksikan telaga minyak Dan gas pertama digali di Malaysia pada 1910.

Pada majlis tersebut, belief menyatakan bahawa dengan adanya semula aktiviti penerokaan sumber minyak dan gas di daratan atau ‘onshore’ Sarawak akan merancakkan kegiatan sosio ekonomi never sekaligus membawa negeri itu selangkah ke hadapan menuju sasaran Post Covid-19 Development Strategy 2030

Projek penggalian atau ‘drilling’ tersebut dijalankan di lapangan Adong Kechil West yang berada dalam blok SK433 yang merangkumi keluasan kira-kira 3,100 kaki persegi. Lapangan tersebut diserahkan kepada Petroleum Sarawak Bhd (Petros), sebuah syarikat minyak dan gas milik kerajaan negeri Sarawak.

Projek tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama sebuah lagi syarikat minyak dan gas tempatan, Petra Energy Bhd.

Baca juga: Sarawak bakal jalankan eksplorasi minyak dan gas di Lawas

Menurut Abang Johari, gas asli yang dihasilkan dari lapangan tersebut akan disalurkan bagi kegunaan loji janakuasa gas dengan kapasiti 400 mega watt yang sedang dibina di Lutong dan dijangka me mulakan operasi pada 2027

Sementara itu, Petros juga sedang menjalankan kajian teknikal bersama di kawasan lain iaitu Blok SK334, juga lapangan ‘onshore’ yang terletak antara kawasan Limbang dan Lawas.

Projek penerokaan SK334 ini dijangka akan di mulakan pada 2025.