Dayang Enterprise terima kontrak peluasan skop dari Petronas Carigali

1
575
Dayang Enterprise

Dayang Enterprise Holdings Bhd umumkan peroleh kontrak bagi peluasan skop perkhidmatan offshore maintenance, construction & modification (MCM) dari Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB), sebuah anak syarikat PETRONAS.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 23 Oktober lalu, kumpulan syarikat itu berkata kontrak tersebut yang diperoleh melalui anak syarikat milik penuhnya iaitu Dayang Enterprise Sdn Bhd (DESB) melibatkan peluasan skop untuk merangkumi kawasan Sarawak Gas (SK Gas) Area.

Nilai kontrak tersebut tidak dinyatakan dan ianya bergantung kepada arahan kerja yang dikeluarkan oleh PETRONAS sepanjang tempoh kontrak. Lanjutan kontrak tersebut adalah bagi tempoh enam (6) bulan bermula 22 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Pengumuman ini adalah lanjutan kontrak yang kelapan diterima Dayang Enterprise sejak Julai 2023. Sebelum ini, syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas ini mengumumkan memperoleh lanjutan kontrak dari pelbagai operator minyak dan gas tempatan seperti PTTEP, ROC Oil, JX Nippon, Hibiscus, Shell, SapuraOMV dan KPOC.

1 COMMENT

Comments are closed.