TotalEnergies tandatangan perjanjian pengambilalihan aset upstream OMV di Malaysia

0
213

TotalEnergies telah menandatangani perjanjian dengan OMV untuk mengambilalih kepentingan 50% nya dalam pengeluar dan pengendali gas bebas Malaysia, SapuraOMV Upstream Sdn (SapuraOMV), dengan pertimbangan sebanyak $903 juta (termasuk pemindahan pinjaman $350 juta yang diberikan oleh OMV kepada SapuraOMV), tertakluk kepada penyesuaian penutupan lazim.

Aset utama SapuraOMV adalah kepentingan 40% yang diendalikan dalam blok SK408 dan kepentingan 30% yang diendalikan dalam blok SK310, kedua-duanya terletak di luar pesisir Sarawak, Malaysia. Pada tahun 2023, SapuraOMV (100%) mengeluarkan hasil gas asli kira-kira 500 Mcf/d yang dibekalkan kepada loji LNG Bintulu yang dikendalikan oleh Petronas, di samping kondensat 7 kb/d . Manakala untuk blok SK408, pembangunan medan gas Jerun sedang dijalankan untuk mula beroperasi pada separuh kedua tahun 2024.

Transaksi ini tertakluk kepada syarat-syarat lazim sebelum penutupan, khususnya kelulusan pengawal selia. Ini dijangka bakal dimuktamadkan menjelang akhir separuh pertama tahun 2024.

SapuraOMV juga memegang kepentingan dalam lesen penerokaan (Exploration) di Malaysia, Australia, New Zealand, dan Mexico di mana penemuan telah dibuat pada tahun 2023 di blok 30.

“Kami gembira untuk mengukuhkan kedudukan TotalEnergies di Malaysia dengan menjadi pemegang saham pengeluar gas bebas SapuraOMV. Selama beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah membangunkan kerjasama strategik antarabangsa dengan Petronas, syarikat nasional Malaysia. Transaksi ini akan memantapkan pertumbuhan masa depan kami di negara ini dan memperkuat kerjasama kami dengan Petronas. Dengan kos pengeluaran yang rendah dan intensiti GHG yang rendah, aset SapuraOMV amat sesuai dengan portfolio TotalEnergies dan menyumbang dalam memenuhi permintaan gas yang semakin meningkat di Asia”, kata Patrick Pouyanné, Pengerusi dan CEO TotalEnergies.


Mengenai TotalEnergies di Malaysia

TotalEnergies memiliki kepentingan dalam dua PSC dalam fasa penjelajahan dan pada bulan Jun 2023 menandatangani perjanjian dengan Petronas dan Mitsui untuk membangunkan projek penyimpanan karbon di Asia Tenggara dan menilai beberapa tapak penyimpanan CO2 di Lembangan Melayu (Malay Basin).

Mengenai TotalEnergies

TotalEnergies adalah syarikat multi-tenaga global yang menghasilkan dan memasarkan tenaga: minyak dan biofuel, gas asli dan gas hijau, tenaga boleh diperbaharui dan elektrik. Lebih daripada 100,000 pekerja kami berkomitmen untuk tenaga yang lebih terjangkau, lebih lestari, lebih boleh dipercayai, dan boleh diakses oleh sebanyak mungkin orang. Aktif di hampir 130 negara, TotalEnergies menjadikan pembangunan lestari dalam semua dimensinya sebagai tunjang projek dan operasinya untuk menyumbang kepada kesejahteraan manusia.