PETRONAS umumkan ‘first gas’ dari lapangan Timi, offshore Sarawak

0
975
Credit Image: PETRONAS https://www.petronas.com/media/media-releases/first-gas-production-sk318-timi-field

PETRONAS harini mengumumkan telah mencapai ‘first gas’ dari lapangan Timi yang berada di Blok SK318, kira-kira 200km luar pesisir Sarawak. Pengeluaran ‘First gas’ ini dicatatkan pada 22 Ogos 2023.

Blok SK318 dikendalikan oleh Sarawak Shell Berhad sebagai operator dengan pegangan kepentingan 75 peratus dengan kerjasama PETRONAS Carigali Snd Bhd dan Brunei Energy Exploration, masing-masing dengan pegangan sebanyak 15 peratus dan 10 peratus.

Baca: Pengenalan kepada Industri Minyak dan Gas: Exploration & Production

Pembangunan lapangan Timi merangkumi wellhead platform tetap yang baru yang disambungkan dengan hab pengeluaran F23 melalui saluran paip sepanjang 80km. Setakat harini, ia merupakan platform tetap yang paling dalam pernah dipasang di Malaysia dengan kedalaman air sekitar 143 meter. Kedua-dua ‘topside’ dan ‘substruktur’ dibina dalam negara, direka untuk beroperasi tanpa manusia berada di platform tersebut atau ‘unmanned’ dengan janakuasa oleh sistem hibrid tenaga solar dan angin.

Mohamed Firouz Asnan, Presiden Kanan PETRONAS MPM, berkata “Kami amat berbangga dengan kemampuan Shell untuk mengoptimumkan pembangunan Timi, sebuah plaltform yang mampu menghasilkan sehingga 300 MMscfd menggunakan kurang dari 5kW jana kuasa yang berterusan”.

“Kami amat berbangga dengan kerjasama bersama-sama kontraktor Blok SK318 dan penyedia perkhidmatan mereka yang bersungguh-sungguh menyiapkan projek ini dalam tempoh masa dua tahun yang singkat sejak FID ketika tempoh masa yang berkebetulan dengan tempoh pemulihan pasca pandemik Covid-19. Pencapaian ini tidak mungkin dapat digapai tanpa sokongan yang jitu dari Kerajaan Negeri Sarawak – satu terjemahan kerjasama yang wujud dalam industri huluan Malaysia”.

“Penggunaan sumber tenaga yang lebih bersih bagi menjanakuasa fasiliti luar pesisir Malaysia adalah komponen penting dalam strategi MPM untuk membina industri huluan yang lebih lestari” katanya lagi.

Pada September 2021, Sarawak Shell Berhad (SSB), anak syarikat Royal Dutch Shell (plc) mengumumkan telah mencapai Keputusan Pelaburan Akhir (FID) bagi projek pembangunan gas lapangan Timi, bersama dengan rakan-rakan pelaburannya, PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan Brunei Energy Exploration.

Sumber: PETRONAS