Keyfield dapat kontrak AWB dan AHTS daripada Hess Malaysia

0
227
Sumber: Keyfield - https://keyfieldoffshore.com/our-vessels/

Keyfield International Bhd mengumumkan menerima dua surat anugerah (LOA) berasingan melalui anak syarikat milik penuhnya, Keyfield Offshore Sdn Bhd (KOSB) daripada Hess Exploration and Production Malaysia BV masing-masing pada 13 Mei dan 17 Mei, bernilai RM40 juta ‘secara agregat’.

LOA itu adalah untuk penyediaan unit bot kerja penginapan (AWB) dan unit kapal bekalan tunda pengendalian sauh (AHTS) untuk aktiviti luar pesisir Hess.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat berkata kontrak itu yang bermula pada Julai 2024 dan Jun 2024, masing-masing adalah untuk tempoh sewaan lima bulan dan enam bulan, dan ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Keyfield bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Keyfield merupakan syarikat perkapalan yang ditubuhkan pada 2013, dan telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada April 2024.