Shell Malaysia bakal kurangkan 2% tenaga kerja Upstream

0
1647
Image Source: Shell.com

KUALA LUMPUR: Sebagai sebahagian daripada penyusunan semula Shell secara global, syarikat tersebut akan melaksanakan perubahan bagi memastikan syarikat gergasi minyak dan gas dunia berkenaan terus berkembang maju melalui peralihan tenaga dan menjadi organisasi yang lebih ringkas.

Sehubungan itu, Shell Malaysia bakal menyaksikan peningkatan peluang pekerjaan dalam sesetengah bidang serta pengurangan dalam sebahagian yang lain dengan bidang huluan (Upstream) akan paling terkesan, pengurangan sekitar 250 ke 300 pekerja.

“Bagaimanapun, ketika perniagaan Shell lain di Malaysia bersedia untuk berkembang, pengurangan keseluruhan pekerjaan di Shell Malaysia dijangkakan sekitar dua peratus. Pengurangan ini akan berlaku secara berperingkat selama dua tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Pengerusi Shell Malaysia, Datuk lain Lo, Malaysia adalah negara yang amat penting buat kumpulan Shell.  Unit Eksplorasi & Pengeluaran Huluan (Upstream Exploration & Production) bakal terus menjadi perniagaan utama Shell dan sektor huluannya di Malaysia elah dikenal pasti sebagai salah satu daripada sembilan Unit Prestasi Teras Shell di seluruh dunia.

“Penyusunan organisasi yang sedang akan kami laksanakan ini amat penting untuk mengurangkan kerumitan, mendorong hubungan akhir ke akhir yang lebih kukuh untuk memudahkan aset dan usaha memberi tumpuan kepada penyampaian,” katanya lagi.

Sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kecekapan dan kerjasama, kebanyakan pekerja Shell Malaysia Upstream akan dipindahkan semula ke pejabat prinsipal di Miri, Sarawak. Penggabungan pejabat ini akan membolehkan cara kerja yang baru dan lebih baik dilaksanakan.

“Shell Malaysia akan mengekalkan pejabat di Kota Kinabalu untuk perniagaan hiliran (downstream) dan sebahagian sokongan untuk unit huluan (upstream). Tiada perubahan kepada pejabat operasi Shell untuk luas pesisir laut dalam (offshore deepwater). Menara Shell di Kuala Lumpur akan terus menjadi pejabat Shell Malaysia Downstream dan entiti korporat. Pusat operasi perniagaan Shell akan diteruskan di Wisma Shell di Cyberjaya”

“Kami sedar ini merupakan berita yang sukar untuk staf yang terkesan dan ini bukanlah keputusan yang mudah. Namun, perubahan perlu dibuat bagi memastikan Shell di Malaysia terus berdaya saing, berdaya maju di masa mencabar ini and di kedudukan yang kukuh untuk mengambil peluang dalam perubahan tenaga. Shell komited untuk melibatkan staf secara proaktif sepanjang proses ini and memastikan keadilan sewajarnya sejajar dengan nilai kami dan mengikut lunas undang-undang pekerjaan Malaysia” tambahnya lagi.

Sumber: Shell Malaysia