Keyfield Offshore terima 8 arahan kerja dari Petronas Carigali

0
105
Sumber: Keyfield - https://keyfieldoffshore.com/our-vessels/

Syarikat penyedia perkhidmatan marin untuk industri minyak dan gas, Keyfield International Bhd, mengumumkan telah menerima lapan (8) arahan kerja atau “Work Order” dari syarikat pengeluar minyak dan gas tempatan, Petronas Carigali Sdn Bhd.

Kontrak yang diperoleh melalui anak syarikat nya, Keyfield Offshore Sdn Bhd itu adalah untuk enam (6) kapal accomodation workboat (AWB) dan dua (2) kapal pengendali sauh dan sokongan luar pesisir (AHTS).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bursa Malaysia, kumpulan syarikat berkata kontrak tersebut dijadualkan bermula separuh kedua tahun 2024 dan dianggarkan bernilai RM 130.3 juta.

Kontrak berkenaan diterima antara Jun dan Ogos 2024, dan ia bertepatan dengan ketetapan dalam kontrak panel kontraktor (PACC) bagi perkhidmatan sokongan luar pesisir (OSV) bagi PACs bertarikh 9 April 2024, yang ditandatangan antara pihak penyewa atau “charterer” dan Keyfield Offshore.

Keyfieldย International Berhad merupakan syarikat perkapalan dalam industri minyak dan gas dengan fokus kepada perkhidmatan kapal penyedia penginapan luar pesisir atau “offshore accomodation provider”. Ia ditubuhkan pada 2013, dan telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada April 2024.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here