Icon Offshore raih kontrak drilling dari ConocoPhilips

0
1346
East Cendor_PP101

Icon Offshore mengumumkan memperoleh kontrak bernilai AS$9.6 juta (RM40.2 juta) daripada ConocoPhillips Sarawak Ltd dan ConocoPhillips Sarawak Oil Ltd melalui anak syarikatnya, I Oilfield Services Sdn Bhd (IOSSB)

Kontrak berkenaan adalah untuk penyediaan pelantar penggerudian jenis ‘jack-up’ milik syarikat berkenaan iaitu Icon Caren untuk aktiviti penggerudian ConocoPhillips Sarawak 2022, kata Icon Offshore dalam satu kenyataan.

Icon Caren, sebelum ini dikenali sebagai Perisai Pacific 101 atau PP101 adalah pelantar penggerudian ‘jack-up’ dengan keupayaan untuk menggali telaga bertekanan tinggi dan bersuhu tinggi sehingga 30,000 kaki.

Pada September 2021, ConocoPhilips telah menamatkan kontrak dengan Velesto bagi jack up, Naga 7 selepas insiden pada May 2021 yang mengakibatkan jack up tersebut karam.