PETRONAS mencatatkan kerugian RM21 Billion pada separuh kedua 2020

0
1047
Image Courtesy: Sinar Harian

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) mencatatkan kerugian bersih RM21 Billion pada suku kedua 2020 berbanding keuntungan bersih RM 14.7 Billion pada suku sama tahun lepas.

Kerugian ini disebabkan oleh faktor kejatuhan harga minyak dan susut nilai bernilai RM20.77 Billion akibat kejatuhan harga minyak. Purata harga minyak mentah Brent didagangkan pada AS$39.77 setong pada separuh pertama 2020 berbanding AS$66.02 pada suku yang sama tahun lepas.

Pada separuh pertama 2020, syarikat gergasi minyak dan gas itu mencatatkan perolehan sebanyak RM93.6 billion, penyusutan sebanyak 23 peratus dari RM121.1 billion berbanding separuh yang sama tahun lalu.

Manakala, untuk suku kedua 2020, perolehan merekodkan penurunan sebanyak 42 peratus kepada RM34.0 billion berbanding RM59.1 billion pada tahun sebelumnya.

Menurut CEO Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, industri minyak dan gas berdepan cabaran pada separuh pertama 2020 sehingga menjejaskan industri secara ketara.

Dalam pada itu, Tengku Muhammad Taufik, yang juga Presiden Petronas, memberi jaminan bahawa tiada pekerjanya akan diberhentikan atau jumlah dikurangkan walaupun kumpulan syarikat berkenaan sedang dalam proses mengurangkan kos modal untuk memperkukuh daya saingnya.

Bagaimanapun, Petronas juga sedang mempertimbang kemungkinan melaksanakan potongan gaji berikutan persekitaran pasaran industri yang mencabar.

Berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia harini, Petronas sentiasa meningkatkan kesiapsediaan dan langkah pengawalan sedia ada supaya sentiasa selari dengan langkah-langkah yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan juga pihak berkuasa tempatan.