Kontrak Naga 7 bersama ConocoPhilips ditamatkan

0
1764
Source; Velesto Energy

Kontrak penggalian Velesto bagi rig jack up nya, Naga 7 bersama ConocoPhilips ditamatkan berikutan kejadian rig tersebut tenggelam awal tahun ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, kumpulan syarikat menyatakan, kontrak penggalian tersebut akan ditamatkan secara automatik apabila rig diisytiharkan ‘total loss’, berdasarkan terma kontrak yang ditandatangani

Pada Mac 2021,Velesto Energy Berhad (VEB) umumkan peroleh kontrak bagi perkhidmatan jack up ‘drilling’ dari ConocoPhillips Sarawak Limited dan ConocoPhillips Sarawak Oil Limited menerusi anak syarikat milik penuh kumpulan berkenaan iaitu Velesto Drilling Sdn Bhd (VED)

Pada 4 May 2021, rig Naga 7 dilaporkan tenggelam akibat ‘rapid penetration’ ketika berada di luar pesisir Sarawak. Semua anak kapal dilaporkan selamat.

Lembaga Pengarah kumpulan mengumumkan bahawa syarikat insuran, pada 9 ogos 2021, telah mengesahkan bahawa rig berkenaan telah diisytiharkan sebagai ‘total loss’.

Dengan penamatan kontrak tersebut, perolehan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 dijangka merosot sebanyak USD8 juta iaitu bersamaan anggaran nilai kontrak.