Siapa pembida yang berminat untuk mengambilalih SapuraOMV?

0
643

Pada 20 Oktober baru-baru, Reuters melaporkan terdapat beberapa syarikat minyak dan gas yang berpengkalan di luar negara berminat untuk membida bagi mengambil alih SapuraOMV.

Laporan tersebut menyatakan Mubadala Investment, syarikat pengurusan dana kekayaan berdaulat Abu Dhabi dan Inpex, syarikat pengeluar minyak dan gas dari Jepun, antara firma yang berminat untuk membida untuk mengambil alih SapuraOMV dengan transaksi dianggarkan bernilai $1.2 billion bersamaan RM5.7 billion.

Pengambilalihan syarikat minyak dan gas yang beribu pejabat di Kuala Lumpur ini dijangka akan merancakkan aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (Merger and Acquisition) global yang direncatkan akibat ekonomi global lemah, di samping kadar faedah yang tinggi serta ketegangan geopolitik dunia.

Sebuah syarikat tenaga Indonesia, Medco Energi juga dilaporkan berminat untuk membida SapuraOMV, dengan tempoh bidaan dijangka tamat pada minggu ini. Reuters tidak mendedahkan sumber maklumat berita berkenaan berikutan maklumat tersebut dianggap sulit.

SapuraOMV sehingga harini mengeluarkan kira-kira 30,000 tong bersamaan minyak sehari yang diperoleh dari dua (2) aset utama syarikat iaitu SK310-B15 dan SK408 – Gorek, Larak & Bakong.

SapuraOMV adalah syarikat usahasama antara Sapura Energy Bhd dan OMV Exploration & Production GmbH, anak syarikat OMV Aktiengesellschaft yang berpengkalan di Austria dengan pegangan sama rata 50-50.

Pada April 2021, SapuraOMV telah menjual aset milik syarikat di Semenanjung Malaysia kepada Jadestone Energy. Menerusi pembelian ini, Jadestone Energy akan mengambil alih kepentingan dalam empat Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) di mana dua (2) daripadanya sebagai pengendali atau operator antaranya adalah PM323, PM329, PM318 dan AAKBNLP Production Sharing Contracts. Dua PSC dimana SapuraOMV sebagai operator adalah PSC PM329 (70% kepentinga) yang terdiri daripada medan East Piatu dan PSC PM323 (60% kepentingan) yang terdiri daripada medan East Belumut, West Belumut dan Chermingat.