Syarikat gergasi minyak dan gas dunia, Chevron Corporation umum beli Hess Corporation pada nilai $53 Billion

0
1754

23 Oktober 2023 – Syarikat pengeluar minyak dan gas, Chevron corporation mengumumkan telah mencapai kesepakatan untuk membeli kesemua pegangan Hess Corporation yang juga merupakan sebuah syarikat minyak dan gas dunia pada nilai $53 Billion atau pada nilai $171 bagi setiap unit saham.

Pengambilalihan Hess dijangka meningkatkan serta mempelbagaikan lagi portfolio sedia ada Chevron. Blok Starbroek yang dimiliki Hess Corporation di Guyana merupakan satu aset yang luar biasa yang dijangka akan menyumbang kepada peningkatan pengeluaran pada dekad yang akan datang. Aset Hess di Bakkan pula dijangka akan meningkatkan lagi posisi ‘U.S . Shale’ syarikat di samping operasinya di DJ dan basin Permian sekaligus memperkukuhkan lagi keselamatan tenaga domestik Amerika Syarikat.

Penyatuan dua syarikat gergasi minyak dan gas Amerika Syarikat ini dijangka akan meningkatkan hasil pengeluaran dan mempercepatkan dan lebih memanjangkan aliran tunai berbanding unjuran lima tahun Chevron. Selain itu, John Hess, Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO Hess akan menyertai Ahli Lembaga Pengarah Chevron.

Di Malaysia, Hess Corporation merupakan syarikat operator kepada North Malay Basin (NMB) atau Lembangan Melayu Utara (LMU) yang terdiri daripada puluhan lapangan gas, antaranya adalah Bergading, Zetung, Anggerik dan banyak lagi. Hess Malaysia adalah antara pembekal utama gas asli negara. Di samping itu, Hess Corporation juga mempunyai pegangan 50 peratus dalam Carigali Hess Operating Company yang mengendalikan lapangan Joint Development Area (JDA) dalam Blok A-18 di Gulf of Thailand.