Harga minyak dijangka mencecah USD100/bbl – Penganalisis

0
817

Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengekalkan jangkaan minyak mentah Brent berpotensi mencecah AS$100 se tong pada 2023.

Harga minyak juga dilihat mampu melepasi AS$100 sekiranya pakatan OPEC+ mengambil pendekatan untuk mendapatkan harga minyak yang tinggi berbanding pengeluaran minyak mentah yang lebih tinggi.

Anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, yang dikenali secara kolektif sebagai OPEC+, pada Ahad secara mengejut mengumumkan pemotongan pengeluaran minyak mentah lebih daripada 1 juta tong sehari (bpd) dari Mei hingga akhir 2023.

Lihat Jadual di bawah untuk senarai negara OPEC dan OPEC+ bersama jumlah pemotongan pengeluaran

NegaraPemotongan Pengeluaran (Tong Sehari)
Arab Saudi500,000
Iraq211,000
UAE144,000
Kuwait128,000
Oman40,000
Algeria48,000
Kazakhstan78,000
Gabon8,000

Mengenai OPEC dan OPEC+

OPEC dianggotai oleh 13 buah negara antaranya Arab Saudi, Iraq, UAE manakala OPEC+ pula dianggotai oleh 10 buah negara anggota antaranya Rusia, Malaysia, Mexico dan lain-lain.