Perdana Petroleum peroleh kontrak AWB dari PCSB

0
1251
Source: Perdana Petroleum

Perdana Petroleum Berhad mengumumkan memperoleh kontrak Accomodation Work Barge (AWB) dari Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB)

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, kumpulan syarikat berkata kontrak yang diperoleh melalui anak syarikatnya iaitu Perdana Nautika Sdn Bhd (PNSB) itu bagi tempoh 229 hari berkuat kuasa 20 Mac 2023.

PNSB akan menyediakan 1 unit kapal Accomodation Work Barge berserta kru dan peralatan bagi menyediakan perkhidmatan yang berterusan kepada PCSB sebagaimana skop kerja yang telah dipersetujui.

Syarikat tidak menamakan kapal yang akan digunakan untuk kontrak ini. Namun, menurut carian di laman sesawang syarikat tersebut, syarikat tersebut mempunyai lima (5) Accomodation Work Barge dalam fleet syarikat iaitu PERDANA ENDURANCE, PERDANA EXCELSIOR, PERDANA PROTECTOR, PERDANA RESOLUTE dan PERDANA EMERALD.

Perdana Petroleum merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan marin luar pesisir bagi industri minyak dan gas.