Jenis-jenis platform dan fasiliti pengeluaran minyak dan gas yang terdapat di Malaysia

0
664
Semi-submersible oil platform, sea-based offshore drilling rig cross section cartoon vector illustration. Oil, gas extraction on continental shelf. Petroleum industry technologies. Deep-sea drilling

Pengenalan: Industri minyak dan gas luar pesisir pantai atau lebih dikenali sebagai offshore memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan tenaga global. Terdapat pelbagai fasiliti pengeluaran digunakan untuk mengekstrak dan memproses hidrokarbon dari bawah dasar laut. Fasiliti-fasiliti ini merupakan keajaiban kejuruteraan, direka untuk bertahan dalam persekitaran marin yang keras sambil memastikan pengeluaran yang selamat dan efisyen. Dalam catatan blog ini, kami akan meneroka beberapa jenis fasiliti offshore yang biasa kita lihat.

1. Fixed Platform: Struktur platform jenis ini dipasak ke dasar laut dan binaannya sehingga di atas permukaan air dan biasanya dipasang di medan air cetek dengan kedalaman sehingga 100 meter. Ini adalah fasiliti yang paling biasa kita lihat bukan hanya di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Fasiliti ini biasanya terdiri daripada dua struktur utama; Jaket dan Topside. Jaket adalah struktur keluli yang dibina diikat ke dasar laut untuk menyokong atas air sementara Topside adalah struktur binaan platform yang mengandungi tempat penginapan dan ruang fasiliti pemprosesan. Setelah jaket berada dalam kedudukan akhirnya dan dipasak, topside kemudiannya diangkat ke kedudukan dan disambungkan ke jaket. Antara dua kategori utama platform yang popular adalah:

  • Platform Pemprosesan Pusat (CPP) – Platform utama yang menempatkan pekerja offshore mempunyai menempatkan wellhead yang menghasilkan hidrokarbon dan mempunyai keupayaan untuk memproses hidrokarbon yang dihasilkan dan kemudiannya dihantar ke loji pemprosesan di daratan seperti yang terdapat di Paka, Terengganu melalui saluran pipeline ataupun juga ada dipindahkan ke atas kapal tangki.
  • Platform Wellhead atau Platform Satelit – Fasiliti kecil dan terpencil dalam lapangan atau “field” minyak dan gas tertentu yang turut berupaya untuk mengekstrak hidrokarbon dari bawah dasar laut sebelum dihantar ke CPP melalui pipeline untuk diproses.
Fixed Platform

2. Floating Production Systems: Floating Production Systems atau Sistem Pengeluaran Terapung adalah penyelesaian serbaguna untuk pengeluaran minyak dan gas luar pesisir, terutamanya di perairan yang lebih dalam. Mereka boleh dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi lain mengikut keperluan. Sistem in kebanyakannya dibina dari kapal tangki yang telah diubahsuai atau dibina baru khusus untuk sistem pengeluaran terapung. Antara yang biasa didapati termasuklah:

  • Floating Production, Storage, and Offloading (FPSO): FPSO adalah kapal yang dilengkapi dengan fasiliti pengeluaran, penyimpanan, dan muatan. Mereka sering digunakan di lokasi medan minyak terpencil atau perairan dalam di mana saluran paip ke daratan tidak praktikal dan tidak ekonomi untuk dibina. Contoh beberapa FPSO yang berada di pesisir luar pantai Malaysia adalah FPSO Bunga Kertas, FPSO Helang, FPSO Kikeh dan banyak lagi.
Kredit: MISC
  • Floating Production System (FPS): Sistem FPS termasuk platform pengeluaran floater dan semi submersible. Berbeza dengan platform yang struktur jaket atau kakinya boleh dipacak pada dasar laut, sistem FPS berada dalam keadaan terapung di permukaan laut dan kerana itulah fasiliti sebegini selalunya digunakan di kawasan air dalam atau ‘deepwater’. FPS Gumusut-Kakap yang beroperasi di perairan Sabah adalah contoh FPS ‘deepwater’ pertama di rantau ini.
  • Floating Storage and Offloading (FSO): Unit FSO digunakan terutamanya untuk penyimpanan dan muatan minyak yang dihasilkan. FSO sering dihubungkan pada subsea wellhead yang berada di dasar laut yang menyalurkan hasil minyak dan gas ke FSO yang berada di permukaan air. FSO Sepat, FSO Mekar Bergading, dan FSO Puteri Cakerawala adalah contoh fasiliti seperti ini yang dipasang di perairan Malaysia.
  • Floating Liquified Natural Gas (FLNG (FLNG): FLNG adalah fasililiti pengeluaran, penyimpanan, dan muatan terapung yang menjalankan operasi gas asli cecair (LNG) untuk mengembangkan sumber gas asli lepas pantai yang terpencil dan terperangkap. LNG dipindahkan secara langsung dari fasiliti terapung ini ke kapal pengangkutan khusus, untuk penghantaran yang lebih mudah dan cepat ke negara-negara di seluruh dunia. FLNG memerlukan jejak ekologi yang jauh lebih kecil daripada loji LNG di daratan, yang memerlukan kerja-kerja infrastruktur besar. Dengan inovasi teknologi FLNG, maka ia sekaligus menafikan keperluan untuk membina saluran paip gas ke daratan seterusnya membolehkan lebih banyak medan gas yang kecil yang terpencil untuk diterokai dan dibangunkan. Ketika ini, PETRONAS mempunyai dua buah FLNG yang beroperasi iaitu PFLNG SATU di lapangan Kanowit dan PFLNG DUA di lapangan Rotan, luar pesisir Sabah.
Image Source: Petronas

3. Subsea Production Systems: Sistem pengeluaran subsea terletak di dasar laut dan merangkumi sistem subsea wellhead dan christmas tree untuk tujuan mengekstrak hidrokarbon. Ia kemudiaanya dihubungkan ke fasiliti pemprosesan atau penyimpanan yang berada di permukaan air melalui saluran flowline. Pengeluaran subsea boleh berdiri sendiri atau dihubungkan kepada jenis fasiliti pengeluaran lain.

4.Tension Leg Platforms (TLPs): TLP adalah platform semi submersible yang diikat ke dasar laut dengan kaki tegangan menegak. Binaan platform sebegini menawarkan kestabilan dan sesuai untuk pengeluaran di perairan dalam atau ‘deepwater’. Malikai, sebuah platform milik Shell di perairan Sabah adalah contoh platform tegangan kaki pertama (TLP) di Malaysia di mana ia berada dalam keadaan terapung di permukaan laut sambil ditambat ke dasar laut, dan mampu menghantar minyak sejauh 50km (sekitar 30 batu) ke platform Kebabangan yang berada di perairan cetek untuk diproses.

5. Platform SPAR: Platform spar adalah platform terapung dengan silinder vertikal yang diikat ke dasar laut. Spar banyak digunakan di sebagai fasiliti pengeluaran minyak dan gas di perairan laut dalam. Kikeh Spar milik PTTEP (dahulunya milik Murphy) adalah spar pertama yang dibina di Malaysia dan juga spar pertama yang dipasang di luar Teluk Mexico.

Kikeh Spar

Kesimpulan: Industri minyak dan gas offshore negara agak unik kerana mempunyai jenis platform yang pelbagai sebagai fasiliti pengeluaran hasil hidrokarbon. Setiap dari jenis platform ini dibina berdasarkan pertimbangan yang rapi dan mendalam bagi mengoptimakan nilai ekonomi sesebuah lapangan minyak dan gas yang dibangunkan.