MAERSK Drilling Peroleh Kontrak Drillship di Malaysia

0
2216
Image Courtesy: Maersk Drilling

Maersk Drilling umumkan peroleh kontrak lanjutan bagi kapal penggerudian atau drillship, Maersk Viking milik syarikat berkenaan di Malaysia.

Sabah Shell Petroleum/ Sarawak Shell Berhad (SSP/SSB) telah menggunakan dua (2) pilihan lanjutan yang telah ditandatangi dalam kontrak yang diumumkan sebelum ini dimana kontrak berkenaan adalah bagi penggerudian empat telaga pembangunan atau development wells di Gumusut-Kakap, offshore Sabah.

Menurut Maersk, pilihan pertama adalah bagi TotalEnergies yang bakal menggerudi satu telaga laut dalam menerusi projek Tepat, manakala pilihan kedua adalah bagi Petronas Carigali juga bagi telaga laut dalam untuk projek Layang-Layang. Kedua-dua projek tersebut terletak di luar pesisir Sabah.

Tempoh lanjutan tersebut dijangka bermula sekitar Julai tahun 2022 selama 120 hari sejurus selesai kerja-kerja bersama SSP/SSB.

Nilai kontrak lanjutan tersebut dianggar sekitar US32 Juta, termasuk yuran penggunaan perkhidmatan “Managed Pressure Drilling”. Baki tiga lagi pilihan lanjutan kontrak kekal dalam kontrak bersama SSP/SSB.

Maersk Viking merupakan kapal penggerudian laut dalam atau ‘ultra-deepwater drillship’ yang berspesifikasi tinggi dibina pada 2013. Kapal tersebut sedang dalam perjalanan menuju ke Malaysia setelah selesai operasinya di luas pesisir Gabon pada akhir 2021.