Dayang raih kontrak maintenance dari Mubadala Petroleum

0
3154
Dayang Enterprise

Syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas, Dayang Enterprise Holdings Berhad (DEHB) mengumumkan memperoleh kontrak penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian (Maintenance, Construction & Modification, MCM) dari anak syarikat Mubadala Petroleum, MDC Oil & Gas (SK320) Ltd.

Perolehan kontrak terbaru ini menjadikan kontrak ketiga yang diumumkan Dayang Enterprise Holdings Berhad dalam tempah masa sebulan yang lalu.

Baca di sini: Dayang raih lanjutan kontrak dari Shell Sarawak untuk topside major maintenance dan accomodation work boat – Dayang Opal.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, Dayang Enterprise memaklumkan kontrak MCM tersebut dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuh Dayang Enterprise Sdn Bhd (DESB) untuk tempoh tiga (3) tahun.

Nilai kontrak berkenaan adalah berdasarkan arahan kerja dikeluarkan oleh Mubadala Petroleum sepanjang tempoh kontrak dan tertakluk kepada skop kerja melibatkan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian.

Mubadala Petroleum merupakan sebuah syarikat pengeluar minyak dan gas berpangakalan di Abu Dhabi. MDC Oil & Gas (SK320) Ltd adalah entiti milik syarikat berkenaan di Malaysia. Pada 2014, Mubadala Petroleum mengumumkan penemuan gas di telaga Pegaga yang terletak di Block SK320, Offshore Sarawak.

Terdahulu, Mubadala Petroleum menganugerahkan kontrak penggerudian (drilling) kepada Velesto Energy untuk projek pengerudian 7 telaga (wells). Naga 4 dipilih untuk projek berkenaan yang telah bermula pada pertengahan tahun 2020.

Baca juga: Senarai syarikat operator (klien) minyak dan gas di Malaysia

Dan jangan lupa untuk like page kami di Vertical Well untuk mendapatkan maklumat mengenai industri oil and gas di Malaysia.