Posco International peroleh blok offshore Malaysia

0
2168

Posco International, sebuah syarikat berpengkalan di Korea Selatan, mengumumkan bakal memulakan fasa penerokaan atau ‘exploration’ bagi minyak dan gas di blok luar pesisir Malaysia

Menurut laporan media EnergyVoice dan BusinessKorea, Posco memperoleh hak ke atas blok PM524 yang berkeluasan 4,738 km persegi menerusi sesi bidaan terbuka dengan pegangan kepentingan sebanyak 80 peratus manakala baki 20 peratus dipegang oleh Petronas Carigali.

Posco International dilaporkan bakal menandatangan Kontrak Perkongsian Pengeluaran dengan Petronas pada tahun ini,di mana syarikat berkenaan akan melaksanakan aktiviti penerokaan untuk empat (4) tahun yang pertama. Untuk rekod, Posco International merupakan syarikat dari Korea Selatan dan merupakan operator bagi lapangan minyak dan gas Shwe di Myanmar.

Blok PM524 terletak di luar pesisir pantai timur semenanjung Malaysia dan berkedalaman antara 50m hingga 80m. Posco International juga memperoleh hak ke atas lapangan Laba dan Laba Barat yang terletak bersebelahan blok PM524.

Blok berkenaan adalah antara blok yang ditawarkan dalam Sesi Bidaan 2020 (2020 Malaysia Bidding Round) dan terletak bersebelahan lapangan Tangga Barat, Dulang, Semangkok dan Serok.