Halliburton peroleh kontrak daripada Sapura Drilling

1
1372

Syarikat minyak dan gas global, Halliburton umumkan memperoleh kontrak bersepadu daripada Sapura Drilling, sebuah anak syarikat Sapura Energy Berhad.

Sapura dengan Halliburton sebagai rakan teknikalnya, akan melaksanakan kontrak Integrated Rig Drilling Completion (i-RDC) bagi pembinaan enam telaga (well).

“Kontrak unik yang bersepadu ini membuka jalan bagi Halliburton, dengan kerjasama Sapura Drilling dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd, bagi mengaplikasikan platform digital terkininya iaitu Halliburton 4.0. kepada keupayaan yang menyeluruh seterusnya mencapai penambahbaikan dalam kecekapan operasi.” katanya dalam satu kenyataan.

Teknologi digital tersebut termasuklah keseluruhan Digital Well Program®, Digital Well Operations dan Digital Well Automation, kesemua aplikasi awan DecisionSpace®365. Seiring dengan Halliburton 4.0, skop kerja berkenaan juga melibatkan teknologi digital utama daripada Sperry Drilling, Cementing, Drill Bits, Baroid, dan Completions.

Kempen ini merupakan projek bersepadu yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menggabungkan perkhidmatan rig dengan semua aspek perancangan, operasi dan automasi.

Sumber: Halliburton

1 COMMENT

Comments are closed.